Text
40 Hadis Tentang Wabak Penyakit
Buku kecil ini mengandungi 40 hadis yang dilihat mempunyai pengajaran berkaitan dengan penyebaran wabak penyakit yang berlaku pada hari ini. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitab yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan dibahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan kedudukan hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut.
BL25-015 | 297.124 AH286 2020 | IDRIS | Tersedia |
BL25-016 | 297.124 AH286 2020 | IDRIS | Tersedia |
BL25-017 | 297.124 AH286 2020 | IDRIS | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain